Salam dari kami -
Ikhwah, akhawah dan anda yang dikasihi Assalamulaikum warahmatullah hi wabarakhahtu Bait Muslim mengucapkan jazzakallahkhaironkhasira kerana kesudian semua melawati portal ini. Sekira nya anda memerlukan bantuan dan sokongan dalam apa yang Bait Muslim mampu laksanakan, kecil tapak tangan nyiru kami tadah kan.
Bait muslim dan anda -
Bait Muslim betul-betul ingin membantu anda, kerana kami telah diamanahkan oleh JIM menjadi pemudah cara dan pemangkin kepada anda mencapai impian dan harapan membina keluarga muslim, membina keluarga soleh wa musleh dan membina keluarga duat. InsyaAllah kami akan melaksanakan yang terbaik , semuga Allah azzawajalla memperkenankan hasrat kita.
Begitu lah lumrah nya -
Keinginan bekerluarga tu adalah lumrah. Sedangkan malam ada siang nya, sedangkan matahari ada bulan nya, sedangkan ibu ku ada ayah ku kan dan sedang kan hidup kawan nya mati, kan semua nya tu adalah fitrah penuh keindahan, Fitrah anugerah Allah azzawajalla yan maha pengasih lagi maha penyayang. Itu juga lah fitrah sekira nya anda ingin membina keluarga muslim. Sekira nya tiada lagi keraguan anda pada Bait Muslim, dan sememang nya anda ingin hidup bekerluarga dan sememang nya anda layak bekerluarga tapi belum bertemu yang berkenan dihati. Sekali lagi Bait Muslim mengulur nyiru nya. Kami sudi membantu.
Yang anda mahu -
Biar lah cantik dan biarlah segak. Biarlah berharta, keturunan pun dari yang terpuji dan biarlah adik beradik nya ramai tahu lah kita dia dari keturunan subur berzuriat nya. Tapi jangan pula lupa biar lah kuat pegangan Islam nya, Memang nya kita mengharapkan kebahagian dalam rumah tangga kita. Mungkin anda yang cintakan Allah dan Rasul tak sama mimpi nya dengan orang lain. Kita ingin bahagia bersama pasangan yang juga cintakan Allah & Rasul macam kita, kita ingin bahagia bersama pasangan yang juga cintakan jihad macam kita. Kita khalifah Allah sama macam dia. Kita rindukan syurga Firdaus dia pun macam tu, malah jika kita ditakdirkan bersama dan bahagia bersama anak-anak, kita nak bawa anak-anak kita bersama ke dalam syurga Firdaus. Ini lah impian kita, sebuah keluarga duat. Amat indah dan terlalu cantik sebuah cita-cita dan impian anda. Dan apa lah kira nya Bait Muslim sekali lagi mengulur nyiru nya. Biar lah kami mempunyai saham kepada realiti indah & cantik nya cita-cita anda, semuga Allah redha dengan bantuan dan sokongan yang kami ulurkan nanti. |
Link Luaran
www.iluvislam.com
www.yahoo.com
www.printstop.com
Borang Online (Baru)
Ruang Admin
|