Prosedur

  1. Daerah/Negeri melantik ketua JKBM Daerah (ikhwah + akhawat). Ahli Jawatankuasa seharusnya mempunyai ciri-ciri berikut:

    • Matang, telah berkahwin, amanah, thiqah, ikhlas, penyayang dan prihatin.
    • Memahami, menghayati permasalahan dan mempunyai cita-cita serta ‘roh’ untuk menolong menyelesaikan masalah.
    • Mudah dihubungi.

  2. Ketua JKBM daerah/negeri/pusat mengumpul data (biodata) dan hanya JKBMD, JKBMN dan JKBMP sahaja yang tahu maklumat tersebut.

  3. Proses mengumpul maklumat mestilah dilaksana dengan teliti dan kerahsian adalah amanah yang mesti dilaksanakan bagi menjaga maruah ikhwah dan akhawat.


  4. JKBMD/JKBMN dan JKBMP sebagai koordinator hendaklah memulakan proses mengenal pasti calon. Sekiranya ada calon yang bersesuaian, proses "match making" hendaklah dilaksanakan dengan teliti. Semua pihak perlu sentiasa diingatkan agar menjaga kerahsiaan maklumat dan prosedur di bawah:

      • Koordinator perlu berinisiatif untuk mengenali dengan lebih mendalam caloncalon yang telah dikenalpasti (mengikut budi bicara koordinator)
      • Maklumat pada muka surat pertama borang biodata diserahkan kepada calon lelaki tanpa pengetahuan calon perempuan
      • Jika calon lelaki cenderung untuk menerima (selepas istikharah), maklumat beliau akan dimajukan kepada calon perempuan dengan peringatan bahawa proses ini masih diperingkat awal (tanpa jaminan persetujuan daripada calon perempuan).
      • Jika calon perempuan cenderung untuk menerima (selepas istikharah), mereka akan dipertemukan di dalam satu sesi taaruf.
      • Selepas sesi taaruf, kedua-dua pihak akan diberi ruang untuk membuat keputusan dalam tempoh yang munasabah (mana-mana pihak diperingatkan bahawa mereka masih boleh menarik diri pada peringkat ini dan segala keputusan adalah merupakan tanggungjawab mereka sendiri).
      • Jika kedua-dua pihak bersetuju, urusan seterusnya akan diserahkan kepada pihak keluarga dengan pemantauan dan bantuan (jika perlu) oleh unit baitul muslim
      • Jika tiada calon tempatan yang bersesuaian untuk dijodohkan di peringkat daerah atau negeri atau JKBMD/JKBMN boleh merujuk kepada pangkalan data serta mendapat bantuan dan sokongan JKBMP. Gabungan JKBM ini akan bersama-sama bekerja dalam satu pasukan mengkaji dan menilai biodata-biodata yang ada dalam pangkalan. Proses ini akan dilaksanakan secara bersepadu dan dikoordinasikan oleh JKBMP dengan menjaga kerahsiaan.
      • Jika melibatkan calon lelaki yang bercadang untuk berpoligami, JKBM akan memastikan isteri/isteri-isteri sedia ada telah diberitahu dan telah diadakan perbincangan dalam suasana yang harmoni. Seisi keluarga disarankan untuk melalui sesi kaunseling dengan Panel Perunding Keluarga JIM. Ini bertujuan untuk menjamin kesejahteraan keluarga JIM disamping memelihara keamanan JKBM dari dimusuhi dan disalah anggap oleh ahli JIM sendiri.
      • Bagi calon lelaki yang bercadang untuk berpoligami melalui JKBM, bakal calonnya mestilah dari wanita bujang/ibu tunggal ahli JIM sahaja.
      • Jika ada wanita bujang/ibu tunggal JIM ingin meminang lelaki yang telah berkahwin, ia mestilah dibuat melalui JKBM, bukan bertanya secara terus kepada suami atau isterinya. Ini adalah untuk memastikan maruah wanita itu dan keluarga tersebut terpelihara.

Link Luaran
www.iluvislam.com
www.yahoo.com
www.printstop.com


Borang Online(Baru)


Ruang Admin


 

 
Hakcipta terpelihara 2009 (c) Bait Muslim tahun 2009
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
(JIM)