Hubungi kami
Yang anda mahu
Biar lah cantik dan biarlah segak. Biarlah berharta, keturunan pun dari yang terpuji dan biarlah adik beradik nya ramai tahu lah kita dia dari keturunan subur berzuriat nya. Tapi jangan pula lupa biar lah kuat pegangan Islam nya, Memang nya kita mengharapkan kebahagian dalam rumah tangga kita. Mungkin anda yang cintakan Allah dan Rasul tak sama mimpi nya dengan orang lain. Kita ingin bahagia bersama pasangan yang juga cintakan Allah & Rasul macam kita, kita ingin bahagia bersama pasangan yang juga cintakan jihad macam kita. Kita khalifah Allah sama macam dia. Kita rindukan syurga Firdaus dia pun macam tu, malah jika kita ditakdirkan bersama dan bahagia bersama anak-anak, kita nak bawa anak-anak kita bersama ke dalam syurga Firdaus. Ini lah impian kita, sebuah keluarga duat. Amat indah dan terlalu cantik sebuah cita-cita dan impian anda. Dan apa lah kira nya Bait Muslim sekali lagi mengulur nyiru nya. Biar lah kami mempunyai saham kepada realiti indah & cantik nya cita-cita anda, semuga Allah redha dengan bantuan dan sokongan yang kami ulurkan nanti.
Anda dah tahu
Anda dah tahu niat suci kami, anda dah tahu maksud kami. Sekira nya semua sudah jelas tak usah lah bertangguh lagi, kan penantian itu sebuah penyiksaan? Jom, Bait Muslim mengajak anda untuk mengisi biodata peribadi anda dalam borang yang telah disediakan. Isi lah selengkap mungkin. Dan tak lengkap borang tu kalau tiada gambar nya barang sekeping dua.
Rahsia anda rahsia
kami
InsyaAllah rahsia anda adalah rahsia kami juga. Kami akan melaksanakan amanah yang anda amanahkan kepada sebaik mungkin. Kami simpan kemaskemas, ikat kuat-kuat. Pun begitu sekira ada yang sekupu anda untuk dipadu, kita ungkaikan lah sedikit rahsia tu. Tu pun antara anda dan bakal pasangan anda. Anda tahu sedikit tentang sidia dan sidia tahu sedikit tentang anda, insyaAllah semuga selepas bertaaruf muga semua nya terlerai. Kalau ada jodoh kita usahakan sampai jaya kalau tidak maaf dan ampun dipinta kerana semua nya Allah swt lah menentukan.
Silakan
Silakan lah, bantu lah kami untuk merialisasikan nawaitu anda. Isi lah borang secara online atau borang biodata anda yang boleh dimuat turun di page ini dan hantarkan kepada alamat e-mail Pak Aman unclepeace56@yahoo.com.my InsyaAllah Biar lah borang yang diisi dan diemailkan nanti menjadi langkah bermula terbaik dalam perjalanan membina keluarga duat anda.
|
Link Luaran
www.iluvislam.com
www.yahoo.com
www.printstop.com
Borang Online (Baru)
Ruang Admin
|